Monday, November 13, 2017

Yang Kedua



Assalamualaikum.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa nama blog ni Madame Madarina?
Madame bermaksud Cik dalam bahasa Perancis. Madarina pula bermaksud tempat peredaran bintang dalam bahasa arab
Ibarat bintang di langit yang menyinari kegelapan malam, menjadi petunjuk buat sang pengembara.

Sama seperti sebuah impian yang menjadi tujuan hidup manusia.
Sejujurnya, saya masih baru dalam bidang penulisan. Blog ini dicipta untuk berkongsi kisah saya dengan anda semua.

Tapi tujuan utama saya adalah berkongsi karya seram saya. Saya inginkan semua komen anda agar dapat memperbaiki diri dalam bidang penulisan.
Tahun 2018 pula merupakan tahun keramat buat saya kerana akan menduduki SPM.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan karya terbaik buat anda.
Saya bercita-cita untuk menjadi seorang Chef bakeri.Nak tahu mengapa?
Bagi saya,saya berasa gembira apabila dapat mengukirkan senyuman dengan setiap kek yang dibuat.Kek juga dapat merapatkan jurang antara hati manusia. Saya cuma berharap dapat menyebarkan senyuman dengan kek.Mungkin saya akan buka cafe satu hari nanti, in shaa allah. Ini cuma impian saya.

Sudah banyak saya berceloteh.
Akhir kata dari saya,terima kasih untuk semua yang sudi membaca.

Salam sayang, Madame Madarina≥3≤
Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

Hitam Putih (Bahagian 1)

Hah..Huh..Hah..Huh Kakiki bergerak pantas. Meredah kegelapan malam. Diri yang mula dibasahi peluh. "Dummm.." Aku mengecilka...