Monday, November 13, 2017

Hitam Putih (Bahagian 1)



Hah..Huh..Hah..Huh
Kakiki bergerak pantas.
Meredah kegelapan malam.
Diri yang mula dibasahi peluh.
"Dummm.."
Aku mengecilkan diri di balik pohon ini.
Walau aku tahu bakal dipanah sang petir,
Aku lebih rela,dari diratah dia..
3 bulan yang lalu...
Assalamualaikum,nama aku Nadrah.
Panggil aku Nad.Aku berumur 25 tahun dan bekerja sebagai penulis novel.Alhamdulillah,novel aku mendapat sambutan hangat.
Aku sebenarnya baru berpindah ke rumah baru.
Sebabnya,aku ingin melepaskan diri dari jerat memori hitam.
Sahabat aku,Nur Syamimi yang aku kenali dari zaman aku bergelar Mahasiswi.Bersyukur aku kerna punya seorang sahabat yang membimbing aku keluar dari jalan hitam ini.
Kini aku miliki sebuah kehidupan yang bahagia dan tenang.
Di pesta buku..
Di sini aku dapat berjumpa ramai penulis yang aku minati.Acara ini diadakan setiap tahun dan aku rasa bertuah kerana dapat menjadi salah seorang penulis muda  yang ada di sini.
Aku dijemput untuk mempromosikan buku aku dan melayan peminat.
Seharian di gerai dan aku melayan pelbagai ragam manusia.
Tika petang sedang berlabuh,orang mula berkurangan.Seorang lelaki berbaju hitam kini berada di hadapan aku.Sebahagian wajahnya ditutupi hoodie.
Aku dapat rasakan aura hitam yang menyelubungi dirinya.Buat aku meremang.Menyeramkan.Tapi aku cuba mengawal emosi ini dengan senyuman.
"Hi."
"Ya Encik?"
"Kau tak kenal aku?"
"Siapa?"
Dia menyingkap hoodie menutup wajahnya lalu berkata
"Kau takkan dapat lari dari aku."
Pantas aku berlari menuju ke bilik air lalu mengurung diri di situ.
"Badrul"
Aku mengingati kembali pertemuan kami..
Hari ini aku membeli barang keperluan aku di sebuah pasar raya yang agak terkenal di kawasan ini.
"Semua sekali RM65.99 sen."
'Alamak!,aku tak cukup duit.'
"Abang,saya tak cukup duit la,saya kurangkan barang la."
Tiba-tiba seorang lelaki mencelah.
"Ehh,tak apa.Biar saya bayarkan."
-BERSAMBUNG-

No comments:

Post a Comment

Hitam Putih (Bahagian 1)

Hah..Huh..Hah..Huh Kakiki bergerak pantas. Meredah kegelapan malam. Diri yang mula dibasahi peluh. "Dummm.." Aku mengecilka...